Tuesday, December 1, 2009

Pusat kegiatan guru

Assalamualaikaum...Berdasarkan kenyataan Dari segi sejarah, penubuhan PKG bermula dengan tertubuhnya Pusat Sumber Tempatan (PST) DI 302 sekolah pada tahun 1978. Pada tahun 1981 PST diubah nama kepada Pusat Media Daerah (PMD), iaitu selaras dengan konsep dan rasional pembukaan empat buah Pusat Sumber Pendidikan Negeri (PSPN) di Kedah, Kelantan, Terengganu dan Pahang.

Pada tahun 1986 nama PMD telah diubah kepada Pusat Sumber Pendidikan Daerah (PSPD). Setiap PSPD memberi khidmatkepada 15 hingga 20 buah sekolah. Fungsi utama PSPD ialah mengatasi dan memperbaiki jurang perbezaan pencapaian pendidikan luar dan dalam bandar dengan menyediakan perkhidmatan pinjaman alatan dan membina bahanpengajaran dan pembelajaran kos rendah. Kementerian Pendidikan berhasrat menjadaikan PSPD sebagai agen untuk membiasakan guru-guru khasnya di luar bandar dengan asas teknologi pendidikan (teknopen).

Seterusnya pada tahun 1990 nama PSPD ditukar kepada Pusat Kegiatan Guru (PKG). Dengan menggunakan peruntukan Bank Dunia, sebanyak 200 buah bangunan PKG telah dibina dan 150 buah lagi telah ditempatkan di bangunan sekolah. Nama PKG dianggap sesuai untuk menggantikan nama Pusat Sumber Pendidikan Daerah bagi mengelak kekeliruan pada istilah 'Daerah', memberi gambaran sebenar tentang aktiviti yang dijalankan di pusat tersebut.Pada tahun 1995 PKG telah menerima Anugerah Inovasi Perkhidmatan Awam sebagai pengiktirafan di atas kejayaan yang telah dicapai.

Mulai 1.1.1996 PKG telah diletakkan sepenuhnya di bawah pengurusan PSPN, sementara PSPN pula diletakkan di bawah Bahagian Teknologi Pendidikan (BTP), Kementerian Pendidikan Malaysia.

1. Meningkatkan pengetahuan dan kemahiran guru-guru dalam teknopen.
2. Mengumpul dan menyebar maklumat profesional pendidikan,khususnya dalam kenopen ke sekolah-sekolah.
3. Meningkatkan keberkesanan pengurusan dan penggunaan Pusar Sumber Sekolah (PSS).
4. Membantu dalam penghasilan bahan sumber pengajaran dan pembelajaran untuk sekolah-sekolah.
5. Meningkatkan pengetahuan dan kemahiran guru-guru dalam teknologi maklumat.
6. Menyediakan kemudahan-kemudahan bagi aktiviti profesional pendidikan untuk guru-guru dan mesyarakat setempat.

PKG terletak di bawah amanah dan tanggungjawab PSPN dan BTP.
Pengurusannya dikendalikan oleh Pegawai Penyelaras PKG. BTP selaku ketua aktiviti menyalurkan peruntukan tahunan PKG melalui PSPN iaitu Pusat Tanggungjawab (PTJ).
Kecemerlangan pengoperasian PKG memerlukan komitmen yang tinggi daripada Jawatankuasa Kerja dan konsep kerja berpasukan dan rasa kesepunyaan terhadap PKG.


Melaksanakan tugas berdasarkan sasaran kerja tahunan (SKT) dan kerja utama PKG.
Mengurus aktiviti dan pentadbiran harian PKG
Mempromosi dan menggalakkan amalan penggunaan teknologi pendidikan.
Memberi khidmat nasihat dan bimbingan dalam pengurusan dan penggunaan PSS.
Menyediakan laporan tahunan program dan aktiviti PKG.

SENARAI TUGAS UTAMA PENYELARAS PKG JOHOR

1. PENGURUSAN PENTADBIRAN DAN KEWANGAN
2. MEMBANTU PENGURUSAN PERKEMBANGAN KURIKULUM
3. KHIDMAT NASIHAT
4. PENGURUSAN PERHUBUNGAN AWAM
5. PENGURUSAN PENYELIDIKAN DAN PERKEMBANGAN

PENGURUSAN PENTADBIRAN DAN KEWANGAN

1. KERJA – KERJA PENGURUSAN PEJABAT
1.1 Mengemaskini Fail 1.2 Surat – Menyurat 1.3 Penyimpanan Rekod 1.4 Kecerian PKG 1.5 Pengurusan Stor 1.6 Perkhidmatan Kaunter 1.6.1. Pinjaman 1.6.2. Pemulangan 1.7 Berurusan dengan Pejabat Pendidikan Daerah 1.8 Menjalankan Tugas Sebagai Setiausaha Jawatankuasa Pengurusan PKG 1.9 Menjalankan Proses Teknik Alatan / Bahan Dan Bangunan PKG
2. 2. PENGURUSAN KEWANGAN

2.1 Menjalankan Tugas Bendahari 2.1.1. Merancang dan mengawal perbelanjaan keperluan PKG 2.1.2. Mengurus tabung khas PKG 2.1.3. Mengurus perbelanjaan baik pulih 2.1.4. Menyediakan Laporan kewangan tahunan PKG
2.2 Menyediakan Baucer Bayaran Menjalankan tugas dalam ketiadaan perkhidmatan sokongan

MEMBANTU PENGURUSAN PERKEMBANGAN KURIKULUM

1.1 Melaksanakan Program PKG Yang Dirancang Berasama AJK 1.2 Mengendalikan Dan Menyelaraskan Kursus / Bengkel / Seminar 1.3 Pemudah Cara Ceramah 1.4 Melaksanakan Projek BTP/JPN/PPD Di Peringkat Sekolah Ahli 1.5 Menyelaraskan Aktiviti : 1.5.1. Pamiran 1.5.2. Demontrasi 1.5.3. Penerbitan 1.6 Perkembangan Staff Penyelaras PKG 1.7 Melaksanakan Projek Khas PSS Anak Angkat PKG Johor
PENGURUSAN KHIDMAT NASIHAT
1. Memberi Bimbingan 1.1 Penghasilan dan penggunaan bahan pengajaran dan pembelajaran kos rendah yang dihasilkan. 1.2 Penggunaan bahan pengajaran dan pembelajaran yang diterbitkan oleh agensi lain 1.3 Penggunaan perkakasan / alatan Pusat Sumber Sekolah 1.4 Pengurusan dan pentadbiran Pusat Sumber Sekolah 1.5 Asas Penyelenggaraan perkakasan Pusat umber Sekolah.
PENGURUSAN PERHUBUNGAN AWAM

1. Mengedar, Menyebar Dokumen, Surat, Maklumat Dan Pengetahuan 2. Menagih Bahan _Bahan Pengajaran Dan Pembelajaran 3. Menyelaras Aktiviti Pasukan kerja PKG 4. Urussetia / Jawatankuasa Yang Dianjurkan Oleh Badan Sosial / Koporat 5. Penghubung Antara Sekolah - PKG – PPD – JPN - BTP 6. Menjalankan Aktiviti Promosi PKG Kepada Sekolah _Sekolah Dan Masyarakat Setempat 7. Menggunakan Kepakaran Komuniti Sekolah / Luar Sekolah Untuk Mencapai Matlamat PKG " Menjalankan tugas dalam ketiadaan perkhidmatan sokongan"

PENGURUSAN PENYELIDIKAN DAN PERKEMBANGAN

1. Mengesan masalah penggunaan bahan cetak dan bukan cetak dalam pengajaran dan pembelajaran di sekolah serta menyediakan laporan. 2. Menjalankan kajian keperluan tentang kurikulum, ko-kurikulum dan bahan / perkakasan 3. Menjalankan keberkesanan perlaksanaan program, projek dan aktiviti PKG 4. Menilai Prestasi bahan cetak / perkakasan dan perisian dari segi mutu dan kemudahan teknikal mengikut keperluan 5. Menilai penggunaan rancangan TV pendidikan di sekolah

Keberkesanan pengoperasian PKG bergantung kepada pengurusan yang cekap dangan penumpuan kepada empat aspek utama.
Perancangan aktiviti Jadual pelaksanaan aktiviti Proses pelaksanaan aktiviti Penilaian dan tindakan susulan.
Pelaksaan aktiviti PKG mengutamakan keberkesanan teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran serta meningkatkan rangkaian kerjasama dengan PSS setempat.
dari buku guestbook

No comments:

Post a Comment