Tuesday, December 1, 2009

jenis-jenis sumber maklumat

selamat pagi ...maklumat yang dicari akan dapat jika membaca buku Organisasi Maklumat
Organisasi maklumat di antara manusia bermula sebaik sahaja manusia mencipta bahasa dan memperkembangkannya bagi membolehkan maklumat disebarkan daripada seseorang kepada yang lain. Buku ini memberi penerangan menyeluruh tentang bidang organisasi maklumat dengan penekanan kepada maklumat atau pengetahuan yang telah pun direkod. Memandangkan maklumat boleh direkod dalam pelbagai jenis media, seseorang yang ingin memperolehi pengetahuan dan kemahiran mengorganisasi maklumat perlu mengetahui tentang jenis-jenis sumber maklumat dan kegunaannya serta keperluan untuk mengorganisasinya. Berhubung dengan keperluan mengorganisasi sumber maklumat, aspek fungsi kawalan bibliografi serta alat-alat mengorganisasi maklumat turut dihuraikan dalam buku ini. Satu aspek yang penting diketahui dalam mengorganisasi sumber maklumat adalah deskripsi. Buku ini mengenalpasti prinsip utama dan amalan berhubung dengan mendeskripsikan sumber maklumat. Proses mengorganisasi sumber maklumat tidak lengkap jika tidak mengelaskannya. Menurut proses pengkelasan, setiap bahan diberi satu nombor yang unik yang menentukan lokasinya di rak. Buku ini menerangkan prinsip-prinsip asas klassifikasi dengan tumpuan kepada mengkategori sumber-sumber maklumat mengikut bidang pengetahuan dan subjek-subjek khusus dalam sesebuatu bidang supaya pengguna boleh mencari bahan maklumat dengan mudah. Aspek-aspek lain yang merupakan aspek berguna dalam pengurusan sumber maklumat seperti proses pengindeksan automatik dan pengorganisasian fail turut dihuraikan dalam buku ini. Aplikasi kedua-dua proses ini dapat diketahui dengan lebih jelas dalam bab 6 yang menerangkan sistem pengurusan pusat sumber maklumat. Beberapa cadangan untuk memperbaiki sistem dalam talian turut dikemukakan dalam bab terakhir. Antara aspek-aspek yang ditekankan adalah dari aspek rekabentuk sistem sebagai penghubung rekod metadata untuk pakej maklumat yang ada dalam satu-satu domain.

Biodata Pengarang
Dr. Juhana Salim mempunyai kelulusan B. Library and Information Science (UiTM), B.A. (Western Michigan), M. Sc. In Librarianship (Western Michigan) dan Doktor Falsafah (Sains Maklumat) dari UKM. Beliau mempunyai pengalaman sebagai pustakawan selama 19 tahun. Kerjaya beliau sebagai pustakawan bermula di Perpustakaan Universiti Pertanian pada Ogos 1978. Beliau pernah bertugas sebagai penasihat pembaca di Waldo Library semasa mengikuti pengajian di Western Michigan University. Setelah mendapat ijazah M. Sc. In Librarianship, beliau bertugas sebagai pustakawan rujukan selama lebih 13 tahun di Perpustakaan Tun Seri Lanang, UKM. Jawatan beliau sekarang adalah sebagai Profesor Madya di Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat, UKM dan beliau mengajar kursus Organisasi Maklumat, Kemahiran Maklumat dan Komunikasi, dan Kemudahan Maklumat dan Masyarakat.

Mohd Shahizan Othman berkelulusan Ijazah Sarjana Teknologi Maklumat (UKM), Ijazah Sarjana Muda Sains Komputer (UTM) dan Diploma Sains Komputer (UTM). Mula berkhidmat sebagai seorang pensyarah di Fakulti Sains Komputer & Sistem Maklumat, UTM semenjak tahun 2001. Sebelum itu, beliau pernah bertugas sebagai Juruanalisa Sistem di Kumpulan Perubatan Penawar dan Perkhidmatan Rundingan Industri Malaysia. Beliau juga seorang yang aktif dalam bidang penulisan dengan menghasilkan beberapa buah karya asli serta kertas kerja di peringkat antarabangsa dan kebangsaan. Sekarang, beliau sedang mengikuti pengajian di peringkat Ijazah Doktor Falsafah Teknologi Maklumat di UKM.

Len Ten Moi berkelulusan Sarjana Muda Sastera (UM) dan Post Graduate Diploma in Librarianship (College of Librarianship, Aberystwyth, Wales). Beliau pernah bertugas di Perpustakaan Tun Seri Lanang dan mempunyai pengalaman sebagai pustakawan dan pengkatalog selama 31 tahun. Beliau pernah telah dilantik sebagai penceramah untuk menyampaikan kuliah bagi kursus Pengkatalogan dan Pengkelasan yang ditawarkan kepada pelajar di bawah Program Pengajian Umum, UKM dan juga kursus dalam bidang yang sama yang dianjurkan oleh Persatuan Perpustakaan Malaysia. Beliau turut terlibat dalam penulisan modul bagi kursus tersebut. Jawatan terakhir beliau di Perpustakaan Tun Seri Lanang adalah sebagai Pustakawan Kanan. Pada tahun 2004, beliau dilantik sebagai Ketua Pustakawan di Universiti Tuanku Abdul Rahman.

Kandungan

BAB 1 KONSEP ORGANISASI WEB
1.0 Pengenalan
1.1 Jenis-jenis Sumber Maklumat dan Kegunaannya
1.2 Kategori Sumber Maklumat
1.3 Keperluan Untuk Mengorganisasi
1.4 Organisasi Maklumat Yang Berekod
1.5 Pendekatan Organisasi Maklumat Dalam Beberapa Persekitaran
1.6 Alat-alat Untuk Mengorganisasikan Pengetahuan
1.7 Kesimpulan
1.8 Rujukan

BAB 2 DESKRIPSI DOKUMEN
2.0 Pengenalan
2.1 Tujuan Mendeskripsi Dokumen
2.2 Ciri-ciri dan Masalah Perwakilan Dokumen
2.3 Bagaimana Rekod Dokumen Dijanakan
2.4 International Standard Bibliographics Description (ISBD)
2.5 Anglo American Cataloguing Rules (AACR)
2.6 Dublin Core
2.7 Rekod Archives, Personal Papers and Manuscript (APPM)
2.8 Goverment Information Locator Service Record (GILS)
2.9 Kesimpulan

BAB 3 PENGKATALOGAN DAN POIN AKSES
3.0 Pengenalan
3.1 Pengkatalogan
3.2 Anglo-American Cataloguing Rules (AACR2)
3.3 Nama Pengarang Sebagai Poin Akses Kepada Katalog
3.3.1 Masalah mengkatalog menggunakan pendekatan pengarang
3.4 Proses Pengkatalogan
3.4.1 Penentuan Entri
3.4.2 Entri Utama
3.5 Penyediaan Deskripsi Fizikal Berdasarkan AACR
3.6 Maklumat Dalam Entri Utama
3.7 Kajian Berkaitan Dengan Pengautomasian Pengkatalogan
3.7.1 Sistem Penasihatan Pengkatalogan
3.7.2 Sistem Penciptaan Rekod
3.7.3 Pengkatalogan Secara Automatik
3.8 Kesimpulan
3.9 Rujukan

BAB 4 PENGKELASAN
4.0 Pengenalan
4.1 Pengkelasan
4.2 Skim Pengkelasan
4.3 Senarai Tajuk Perkara
4.4 Jadual Cutter
4.5 Membina Nombor Panggilan
4.6 Penyusunan Nombor Panggilan
4.7 Pengkelasan Sumber Web
4.8 Kesimpulan
4.9 Rujukan

BAB 5 PENGINDEKSAN AUTOMATIK DAN ORGANISASI FAIL

5.0 Pengenalan
5.1 Capaian Maklumat
5.2 Proses Pengindeksan
5.3 Isu-isu Berkaitan Enjin Carian Dan Pengindeksan
5.4 Organisasi Fail Indeks
5.5 Fail Songsang
5.6 Cara Menghasilkan Fail Songsang
5.7 Kesimpulan
5.8 Rujukan

BAB 6 SISTEM PENGURUSAN PUSAT SUMBER MAKLUMAT
6.0 Pengenalan
6.1 Rekabentuk Sistem Pengurusan Dan Capaian Maklumat
6.2 Kajian Ke Arah Penghasilan Nombor Cutter Secara Automatik Meliputi Pengarang Melayu
6.3 Kajian Ke Arah Penghasilan Nombor Pengkelasan Secara Automatik
6.4 Rujukan

BAB 7 PERKEMBANGAN DAN ISU ORGANISASI MAKLUMAT
7.0 Pengenalan
7.1 Pendahuluan
7.2 Cadangan Untuk Memperbaiki Sistem Capaian Maklumat Terkini
7.3 Bagaimana Rekabentuk Sistem Boleh Dikaitkan dengan Organisasi Maklumat
7.4 Kesimpulan

Lampiran
A - Senarai Kata Henti Bagi Bahasa Inggeris
B - Senarai Kata Henti Bagi Bahasa Melayu
C - Senarai Kata Henti Bagi Pengarang
D - Kepelbagaian Ejaan Nama Orang Melayu
E - Pangkalan Data Dalam Talian (OPAC)
F - Laman Web Perpustakaan di Malaysia

No comments:

Post a Comment