Tuesday, December 1, 2009

pusat sumber elektronik

selamat pagi semua.kalau anda hendak mencari maklumat tentang strategi pencarian maklumat pusat sumber elektronik klik disini

PNGENALAN

Maklumat boleh didapati dari pelbagai sumber samada dalam perpustakaan atau di luar perpustakaan seperti buku, jurnal, agensi kerajaan, konferen, media, laporan penyelidikan, pangkalan data elektronik dan seterusnya. Setiap jenis sumber ini mempunyai kelainan maklumatnya dan pastinya menjadi pelengkap antara satu sama lain. Justeru, untuk penggunaan perpustakaan yang efektif dan efisien, semua sumber-sumber yang wujud di merata tempat , dan dalam pelbagai bentuk dan format perlu diterokai sebaik mungkin untuk dimanfaat sepenuhnya.
Sumber maklumat ialah bahan/terbitan yang digunakan bagi mendapatkan maklumat tertentu. Ada sumber maklumat yang memberi maklumat yang berbentuk menunjuk arah (directional) iaitu memberi panduan kepada pengguna supaya menggunakan sumber lain jika mereka mahukan maklumat yang lebih lengkap atau terperinci. Contohnya bibliografi, senarai perolehan, katalog perpustakaan, indeks/abstraks, dan seterusnya. Ada juga sumber maklumat yang berbentuk punca (source) iaitu sumber ini mempunyai maklumat sebenar yang diingini pengguna seperti buku, paten, kamus, suratkhabar, kertas kerja persidangan, dan seterusnya.
Terdapat banyak sumber maklumat yang diterbitkan (published) dan ada yang tidak diterbitkan. Sumber yang diterbitkan digunakan dengan meluas sekali jika dibanding dengan sumber yang tidak diterbitkan. Sumber yang tidak diterbitkan itu biasanya digunakan oleh pengguna dalaman (local/in-house users) bagi sesebuah organisasi/ perpustakaan.

No comments:

Post a Comment